MERDEKA HIDUP LAILA.
BAGAI penjara kehidupan Laila. Setiap hari, jeritan dan tangan kasar suaminya mennampar pipi Laila. Anak kecil mereka, Luth hanya mampu menangis di sudut biliknya.
“Sampai bila kita nak macam ni, abang? Baiklah abang bunuh je saya dengan anak!”
Makin menggila kemarahan Encik Zainal, suami Laila apabila mendengar kata-kata sang isteri.
“Kau memang melampau!” Dan dia dipukul lagi.
Beginilah kehidupannya selama perkahwinannya bersama Zainal. Zainal ini malas kerja. Dia Kaki mabuk, kaki dadah, kaki judi, dan segala kejahatan yang ada semua dialah juaranya.
LAILA tahu, rumah yang sepatutnya menjadi syurga, sudah lama bertukar menjadi tempat peperangan.
Laila dan Zainal berkahwin sewaktu Laila umur 18 tahun. Ibu dan ayah Laila sudah tiada. Jadi keluarga Zainallah yang mencadangkan agar Zainal dan Laila berkahwin supaya mereka boleh menjaga Laila.
Tapi, apabila mereka berkahwin, Zainal yang tua 5 tahun dari Laila membawa gadis itu berpindah ke bandar. Jauh dari keluarga Zainal. Dan sejak itulah penderitaan Laila berubah.
LAILA membuka mata. Wajahnya yang lebam dan kepalanya yang sakit membuatkan dia rasa hendak pengsan. Suaminya entah ke mana.
“Ibu, ibu okey?”
Luth datang kepada Laila. Anak kecil berusia lima tahun itu memegang jarinya erat.
“Ibu okey, sayang.”
Laila bangun lambat-lambat menuju ke arah dapur. Dia harus siapkan makan malam. Jika tak, habislah dia dimarahi suaminya.
“Ibu, kenapa ayah Luth tak macam ayah Khaula?”
Khaula itu ialah kawan Luth di tadikanya. Laila terkesima seketika. Dia tak tahu hendak menjawab apa. Kasihan Luth. Kecil-kecil lagi sudah dihadapkan dengan ujian keluarga sebegini.
“Sayang, tak baik cakap macam tu, tahu? Allah uji kita, tandanya Allah sayang.”
Luth tiba-tiba mencium pipi Laila.
“Bila Luth besar nanti, Luth nak jadi askar. Luth nak jaga ibu, tak nak bagi ayah pukul ibu lagi.”
Entah mengapa, tubir mata Laila panas. Sungguh, dia terharu. Walaupun Allah kurniakan seorang suami yang tak berguna, tapi Allah hadiahkan anak yang soleh.
Laila hampir putus asa dengan kehidupannya sekarang. 6 tahun dia bertahan dengan perkahwinan toksik sebegini. Rasa seperti hendak membunuh diri saja. Tapi, apabila dia memandang wajahLuth Afwa satu-satunya anak yang dia ada, dia kembali kuat.
LAILA selalu teringat cerita arwah datuknya. Tentang bagaimana nenek moyang melawan penjajah, menanggung derita demi kebebasan.
"KAMI merangkak di hutan, kami lapar, kami disiksa... tapi kami tak menyerah,” kata datuk suatu masa dahulu.
Hari itu, Laila tersedar sesuatu.
“Aku juga sedang dijajah. Bukan oleh bangsa asing, tapi oleh suamiku sendiri,” ujarnya tiba-tiba. Hatinya memberontak. Dia tak mahu lagi hidup dalam ketakutan. Dia mahu bebas. Dia mahu merdeka. Dia tak mampu lagi. Dia ingin bebas. Bebas dari jajahan suaminya.
SUATU hari, Zainal mengamuk besar kerana Laila cuba menghubungi orang luar untuk meminta tolong.
Laila tak dibenarkan menghubungi sesiapapun malah memiliki telefon bimbit pun tak dibenarkan.
Waktu Zainal sedang tidur, Laila senyap-senyap mengambil jari suaminya dan melekap di telefon bimbit suaminya.
“Unlock screen.”
Laila cepat-cepat menghubungi adik iparnya meminta tolong. Malangnya, Zainal terdengar perbualan itu lalu terjadilah pergaduhan besar.
“KAU telefon siapa? Kau nak cabar aku kan, Laila?”
Zainal menghentam Laila cukup-cukup. Tubuh Laila disepak, dipukul, dicekik.
Zainal Ingin mengambil pisau. Tujuannya untuk menamatkan riwayat isterinya.
Tiba-tiba, Zainal terbaring sambil memegang kepalanya. Luth telah mengetuk kepala si ayah dengan helmet.
“Luth!”
Susah payah Laila merangkak mendapatkan anaknya.
DENGAN sisa kekuatan, Laila membawa anaknya keluar. Suaminya menjerit, mengugut, cuba menarik tangan mereka kembali. Tetapi Laila titak lagi menoleh. Baginya, ini pertempuran terakhir mereka.
“Cukup, abang. Saya tak mampu lagi,” luah Laila sedikit lemah tapi puas.
.
DI mahkamah, keputusan cerai dibacakan. Hatinya bergetar, air matanya mengalir tanpa henti. Untuk pertama kali selepas 6 tahun, Laila mampu menarik nafas lega.
DI luar, Laila menggenggam tangan anaknya erat-erat. Dia tersenyum sambil berbisik.
“Kita dah merdeka, sayang. Inilah kemerdekaan kita.
Kebetulan hari ini ialah tanggal 31 ogos.
Ahli keluarga Zainal memeluk Laila dan meminta maaf atas perbuatan Zainal selama ini. Terutamanya ibu bapa Zainal.
“Tak apa, mak, ayah. Mak dan ayah tak bersalah. Tak perlu minta maaf.”
Kini, Laila merdeka. Dia mampu mengatur hidupnya semula bersama anaknya